Wednesday, 19 August 2009

TANYAPAKAR : LELAKI & MASALAH SEKS Oleh Shamsul Azree Samshir










EGO serta malu berterus-terang mengenai isu 'dalam seluar' menjadi punca segelintir lelaki memilih jalan sendiri mengatasi masalah sakit tuan atau konflik dalam hubungan kelamin. Bagi lelaki yang tidak berfikir panjang, jalan penyelesaian mudah tentunya tonik, ubat kuat dan peralatan khusus di pasaran - yang kononnya mampu meningkatkan prestasi lelaki di ranjang.
Selain itu, ada juga lelaki tidak tahu pada siapa atau institusi mana yang boleh dikunjungi untuk berbicara soal seks termasuk bertanya perihal sakit tuan dan hubungan kelamin. Jika adapun hasrat menemui doktor di hospital kerajaan, niat terbantut apabila memikirkan perlu berdepan ramai orang - daripada jururawat, pesakit dan orang awam yang memenuhi ruang menunggu tanpa mengira waktu. Atas kesedaran ini, Unit Urologi, Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah ketuanya iaitu Perunding Urologi, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki di pusat perubatan itu.
Beroperasi sejak 2005, Klinik Kesihatan Lelaki mendapat sambutan menggalakkan dari kaum lelaki seluruh negara. Malah, wanita tidak ketinggalan berkunjung ke klinik ini untuk berkongsi masalah yang dihadapi bersama suami. Ada wanita datang berteman, tidak kurang juga datang bersendirian kerana suami malu berkongsi cerita dalam kelambu. Bersama Kolum Tanya Pakar, ikuti temu bual bersama perunding kesihatan jejaka XY - Ikon Lelaki, Dr Zulkifli mengenai Klinik Kesihatan Lelaki Pusat Perubatan UKM serta pelbagai isu membabitkan kesihatan pemilik kromosom XY ini. Boleh Dr Zulkifli ceritakan sejarah penubuhan Klinik Kesihatan Lelaki dan faktor mendorong pentadbiran Pusat Perubatan UKM menyediakan kemudahan khusus seumpama ini untuk lelaki? Klinik ini dibuka pada 2005. Pada mulanya, kita melihat lelaki di Malaysia tidak tahu di mana tempat mereka boleh mengemukakan kemusykilan atau sebarang pertanyaan mengenai seks dan sakit tuan.
Malah, hingga hari ini kita lihat masih ada lelaki tidak tahu pada siapa atau tempat mana harus dituju untuk mereka berkongsi masalah kesihatan lelaki. Disebabkan itulah, klinik khusus untuk lelaki ini dibuka sejak empat tahun lalu. Apakah klinik khusus untuk lelaki ini yang pertama seumpamanya dibuka di hospital kerajaan di Malaysia? Apa keistimewaan klinik ini? Saya fikir ini antara klinik terawal yang dibangunkan khusus untuk lelaki dan menawarkan perkhidmatan serta rawatan mengatasi sakit tuan atau sebarang isu yang membabitkan soal kelakian dan hubungan kelamin. Apa yang membezakan klinik ini daripada kemudahan lain ialah kita menawarkan privasi 100 peratus kepada pesakit. Kita juga didatangi wanita atau isteri yang mahu berkongsi masalah dihadapi pasangannya atau suami. Bagaimana pesakit dilayan di klinik ini? Kita sediakan khidmat dan rawatan secara eksklusif dan privasi di klinik ini. Dalam hal ini, pesakit tidak perlu mendapat surat rujukan dari klinik am sebaliknya mereka hanya perlu menghubungi klinik dan tetapkan tarikh temu janji dengan doktor pakar. Jadi, apa yang mereka perlu lakukan hanyalah menelefon dan tentukan tarikh temu janji. Ini menjimatkan banyak masa selain pesakit tidak perlu bertemu ramai orang atau menunggu terlalu lama di ruang menanti. Klinik ini memang dibuka dalam persekitaran kondusif tanpa gangguan... Anda tidak akan melihat jururawat berkeliaran di sana-sini. Doktor juga melayan pesakit dengan baik dan bersikap terbuka. Apa yang penting, kita perlu raih kepercayaan dan keyakinan pesakit. Kita juga tidak mengehadkan tempoh setiap sesi rundingan dan rawatan. Untuk makluman, klinik ini dibuka setiap Selasa mulai jam 2.30 petang hingga 5 petang. Klinik ini mempunyai tiga doktor pakar dan empat pegawai perubatan selain saya sendiri yang bertindak sebagai pakar perunding. Bagaimana sambutan orang ramai terutama kaum lelaki terhadap klinik ini? Cukup menggalakkan... Selain lelaki, ada juga kaum ibu yang menghubungi klinik dan membuat temu janji. Tetapi mereka datang bersendirian, bukan ditemani suami. Tetapi kita minta mereka datang bersama suami kerana klinik ini adalah klinik lelaki dan merekalah yang akan diperiksa. Kita galakkan pasangan suami isteri datang bersama kerana dalam memberi rawatan, maklum balas kedua-dua pihak amat penting dalam menentukan kaedah rawatan yang diberi berkesan. Jadi lebih ramai pesakit datang bersendirian di klinik ini walaupun sebenarnya ia membabitkan masalah mereka berdua atau pasangan? Kita perhatikan, hampir 95 peratus pesakit yang mahu mendapatkan nasihat dan rawatan di klinik ini datang bersendirian. Kita galakkan mereka datang bersama pasangan. Kita perhatikan ada lelaki tidak mahu berkongsi masalah atau isu yang dihadapi dengan isteri. Ada juga lelaki enggan beritahu isteri soal rawatan yang sedang diterima. Sedangkan maklum balas atau pandangan dari isteri penting dalam memastikan rawatan berkesan. Lazimnya apa yang dimaklumkan kepada kepada pesakit yang datang bersendirian? Apabila individu datang mendapatkan nasihat termasuk mereka yang tampil bagi pihak suami, sudah tentu kita mendengar masalah yang dihadapinya dari sebelah pihak. Tetapi untuk temu janji susulan atau seterusnya, kita mahu mereka datang berdua iaitu bersama suami atau pasangan masing-masing untuk memastikan rawatan diberi berkesan. Ini kerana kita mahu melihat bagaimana respons isteri atau maklum balas isteri terhadap rawatan... Ini kerana ada kes di mana isteri tidak suka dengan rawatan diberi. Ini boleh membawa kepada masalah atau salah faham antara mereka. Mengikut pemerhatian doktor, apa punca sebenarnya suami tidak mahu datang ditemani isteri bagi mendapatkan rawatan? Mengikut pemerhatian saya, ada lelaki malu dan tidak mahu isteri tahu masalah dihadapinya. Baginya, ini mungkin soal ego. Segelintir lelaki cenderung tidak berkongsi masalah yang dihadapi dengan sesiapa, lebih-lebih lagi masalah sulit seperti sakit tuan dan kelakian diri. Namun, ada juga lelaki yang tampil ke klinik ini kerana didesak oleh isteri. Lelaki sebegini selalu menerima teguran dan rungutan daripada isteri hingga mendorong beliau mencari jalan mengatasi masalah bilik tidur yang dihadapi mereka. Kelompok usia lelaki bagaimanakah yang sering datang ke klinik ini untuk mendapatkan nasihat mengenai sakit tuan? Pelbagai peringkat usia... Daripada remaja belasan tahun hingga warga tua atau emas yang melewati usia 88 tahun. Pesakit ini datang atas pelbagai masalah dihadapi. Ada juga pasangan melewati usia 60-an datang dan berkongsi masalah. Golongan seperti ini saya lihat berfikiran terbuka dan tidak malu berkongsi masalah kerana menyedari ia untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri. Ada juga warga tua yang datang untuk memeriksa tahap kemampuan diri kerana berhasrat mendirikan rumah tangga sekali lagi. Boleh doktor jelaskan jenis masalah sakit tuan yang sering dikemukakan kumpulan usia muda? Bagi pesakit usia muda iaitu dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, perkara yang sering dibangkitkan ialah soal prestasi ketika melakukan hubungan seks dan soal kebimbangan atau anxiety melakukannya. Dalam kelompok usia begini, kita juga menerima pesakit yang menghadapi masalah psychogenic sexual disorder, erektil disfungsi (ED), tekanan, kebimbangan ketika melakukan hubungan seks dan masalah gaya hidup seperti ketagih alkohol yang boleh memberi kesan dalam hubungan bilik tidur. Secara purata, 90 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik ini menghadapi masalah ED. Manakala selebihnya termasuk lima peratus membabitkan masalah pancutan pra matang serta isu-isu lain. Nampaknya masalah ED paling banyak dikemukakan pesakit anda? Ya... Masalah ED ini berkait rapat dengan pelbagai faktor termasuk gaya hidup. Perlu saya tekankan, rundingan dan rawatan terhadap ED ini membolehkan pesakit mendapat tahu status kesihatan dirinya. Ini kerana kita juga akan menyemak kadar kolesterol atau memeriksa sama ada pesakit menghidap kencing manis atau masalah jantung. Andai kita mengesan pesakit menghadapi masalah selain ED atau isu sakit tuan lain, kita akan merujuk pesakit terbabit kepada pakar berkenaan. Komen doktor terhadap kecenderungan lelaki mendapatkan ubat tepi jalan atau gajet tertentu yang dikatakan dapat mengembalikan kelakian atau menjamin hubungan bilik tidur yang hangat? Pertamanya, cetek pengetahuan dan lambakan ubat, tonik dan perkakasan yang dikatakan boleh mengembalikan kejantanan menjadi punca ramai lelaki terdorong ‘mengubat’ sendiri masalah sakit tuan. Bagi segelintir lelaki, soal seks hanyalah soal penetrasi dan persoalan tertumpu pada hakikat apakah mereka mampu melakukan penetrasi hebat. Lelaki begini tidak melihat seks dari aspek keseluruhan atau merasa enjoy dengan seks dalam erti kata sebenarnya. Apabila mereka tidak mencapai kenikmatan, lelaki seperti ini cenderung meninjau produk di pasaran termasuk yang dijual di tepi jalan. Ubat seperti ini tidak sepatutnya diambil kerana kita tidak tahu kandungannya. Kadang-kadang ubat seperti ini mengandungi sedikit streroid dan bahan toksid yang boleh memudaratkan badan. Ini pasti memberi kesan kepada buah pinggang dan hati. Ada juga lelaki cenderung mendapatkan rawatan batin melalui urutan zakar. Kita pernah melihat bagaimana amalan ini mendatangkan komplikasi apabila ia membengkak akibat kesan urutan salah. Dalam hal ini, lebih baik bagi lelaki mendapatkan rawatan moden yang terbukti selamat dan berkesan. Bagaimana pula tabiat segelintir lelaki menambah gelang atau ketulan seperti bebola atau ball bearing dalam zakar untuk menambah keseronokan? Banyak ditemui kes di mana proses memasukkan alat ini pada zakar tidak dilakukan secara bersih atau bebas kuman. Akibatnya, berlaku infeksi atau jangkitan kuman pada zakar hingga perlu menjalani pembedahan untuk membuang alat yang dimasukkan tadi. Seperkara lagi, ada lelaki begitu obses mendapatkan zakar panjang hingga berlaku komplikasi apabila silikon berlebihan dimasukkan hingga zakar membesar hingga hilang bentuk atau distorted. Boleh doktor berkongsi kes pelik yang pernah dirujuk kepada anda? Saya pernah menemui pesakit yang lebih puas melakukan onani dalam keadaan kering berbanding melakukan hubungan seks bersama isteri. Ada juga pesakit mengaku tertekan kerana mempunyai keinginan kuat melakukan seks bersama anak perempuan sendiri. Selain itu, ada juga kes botol kaca tersumbat pada batang zakar dan zakar luka akibat digigit biawak. Semua ini dirawat dan bagi kes membabitkan psikologi dan orientasi luar tabii termasuk hubungan sesama jenis misalnya, kita rujuk pesakit kepada pakar psikitari. Nasihat doktor kepada kaum lelaki mengenai penjagaan kesihatan dan seks? Saya fikir kaum lelaki perlu mula menjaga kesihatan diri dari peringkat awal... Ini saya lihat semakin ramai kaum lelaki sudah mula mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri. Selain itu, ada banyak pusat atau kemudahan seperti klinik kesihatan ini yang boleh dituju jika kaum lelaki menghadapi masalah. Seperkara lagi, usah percaya kepada ubat yang dijual di tepi jalan, anda hanya membuang duit. Lebih baik bertemu pakar jika menghadapi sebarang masalah. Kaum lelaki juga perlu memilih gaya hidup sihat, lakukan senaman dan jadilah pasangan seks yang hebat. Seks bukanlah soal penetrasi semata-mata sebaliknya lelaki juga perlu percaya kepuasan pasangan penting untuk memperoleh seks seimbang. INFO: Klik kesihatan lelaki Klinik Kesihatan Lelaki Pusat Perubatan UKM di Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dibuka setiap Selasa mulai jam 2.30 petang hingga 5 petang. Hubungi 03-91455555 sambungan 7067 untuk temu janji.

7 comments:

  1. info yang baik.. tq for post tentang lelaki

    Aku lelaki

    ReplyDelete
  2. salam...
    saya nak tahu kalau ada cara untuk elak selalu keluar mani kerap kali tidur malam...ada tak cara lain selain makan ubat daripada parmasi atau klinik?

    ReplyDelete
  3. Salam... Saya nak Tanya doktor, saya berumur 35 tahun. Saya juga tidak pernah melakukan Seks rambang dan sebagainya. Masalah saya sekarang, zakar saya Ada keluar cecair seperti nanah apabila bgn dari tidur. Waktu buang air kecil pun terasa sedikit sakit. Saya dah berjumpa doktor kerajaan, dia dah ambil darah dan nanah untuk diperiksa. Masalahnya proses untuk tahu result tu mengambil masa 2 minggu. Hospital tidak memberi sebarang ubat kerana belum tahu kuman apa. Tidakkah ia (kuman) membahaya kan saya dlm masa 2 minggu tu. Sekarang saya sangat risau untuk bersama isteri kerana katanya kuman ini mudah dijangkiti. Tolonglah doktor.. saya sangat runsing skrg.

    ReplyDelete
  4. sala.....saya ada satu pertanyaan...jika ketika umur belasan tahun,saya sering melancap n tiap2 hari berbuat demikian...dan kini saya sudah berumah tangga tp masalah tersebut saya msih tak dapat tangani hingga sekarang masih melakukan juga....saya rasa tak dapat kepuasan ketika bersama isteri.... n masalah saya kini ketika bersetubuh dengan isteri saya tak dapat bertahan lama...2/3 kali kekuar masuk sudah terkeluar air...adakah punca dr selalu melancap membuat saya tak dapat bertahan lama ketika bersetubuh dengan isteri?

    ReplyDelete
  5. Salam... nak tanyer? Bila sy bersetubuh, xsampai 2 3 minit dah terpancut..... kenape yer? Adakah mslh permakanan,tekanan, kesihatan or penat slps bekerja?

    ReplyDelete
  6. Salam..sy umur 29 tahun.berkahwin 4 tahun & blm ada anak.sy merupakan pesakit kencing manis . walau bagaimanapun tidak mendptkan rawatan drp doktor.masalah sy skrg, zakar sy gagal mengeras..sblm ini sy ada mengalami mslah ejakulasi pra matang..blh sy dptkan pndangan doktor?

    ReplyDelete
  7. Mane doktor nak reply ni blog bkn doktor punya

    ReplyDelete