Tuesday 18 August 2009

FIZIKAL: SENAM BELAKANG BADAN oleh Oleh Diyanah Anuar (Dipetik dari Berita Harian Rabu,19.Ogos 2009)



SENAMAN otot belakang badan yang dipaparkan kali ini memerlukan anda menggunakan barbell. Bagi menentukan jumlah berat barbell yang sesuai dengan anda, gunakan tip bagi menentukan pemberat yang pernah disiarkan. Senaman yang dikenali sebagai bend over row ini dikategorikan pada tahap lanjutan kerana ia memberi impak dalam membina bahagian belakang dan otot bahu. Sehubungan itu, anda perlu memastikan bahagian bawah belakang badan anda kuat dan anda berpengalaman melakukan senaman angkat berat sebelum ini. Jika merasa sakit atau tidak selesa melakukan rutin ini, anda disaran berhenti.

1 comment: